28 Januari 2026 – Program We Care We Share 2.0 anjuran Kelab Gerakan Pengguna Siswa di Kolej Geomatika Keningau (GCK) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Anjung GCK.

Program ini menjadi platform bermakna dalam menyemarakkan nilai perkongsian, keprihatinan serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga kampus. Inisiatif ini mencerminkan komitmen mahasiswa dalam memupuk budaya saling membantu dan memperkukuh hubungan komuniti kampus secara holistik.

Penganjuran We Care We Share 2.0 diharapkan mampu memberi impak positif kepada penerima serta menjadi inspirasi kepada pelaksanaan lebih banyak program kebajikan dan tanggungjawab sosial pada masa akan datang.