Skip to main content

Keningau, 8 November 2025 – Program Forum Pertanian Lestari telah berjaya dianjurkan oleh Diploma Pengurusan Perladangan, Kolej Geomatika Keningau, bertempat di Event Hall, Kolej Geomatika Keningau, Sabah.

Forum ini menampilkan dua penceramah jemputan industri, iaitu Mr. Fabian Lim Chin Wen, Estate Manager, Silimpopon II Estate, Kretam Holdings Berhad (Sabah) dengan tajuk perkongsian “MSPO Beyond Oil Palm”, serta Mr. Jason Wong Kok Ning, Owner, Keningau Nature Farm dengan tajuk “Biochar Innovation & Soil Health.”

Melalui program ini, para pelajar berpeluang mendalami konsep pertanian mampan, inovasi biochar, serta aplikasi pensijilan MSPO dalam meningkatkan kualiti dan kelestarian industri pertanian negara.