Skip to main content

29 Oktober 2025 – Konsert Malam Galau: GCK Edition Vol. 2 telah berlangsung dengan penuh emosi dan kenangan. Dewan Mini Kolej Geomatika Keningau dipenuhi jiwa-jiwa yang datang untuk melepaskan rasa, mendengar lagu-lagu yang menyentuh hati, dan mencari ketenangan di balik melodi galau.

Tema Denim Style + White + Biru menyerikan suasana, sementara persembahan para pelajar menghidupkan malam yang penuh nostalgia dan healing. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjadikan malam ini istimewa — sebuah ruang untuk merasa, melepaskan, dan terus melangkah ke hadapan.