Skip to main content

29 Oktober 2025 – Pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan, Kolej Geomatika Keningau telah melaksanakan Pembentangan Projek Pembangunan Pakej Pelancongan Berasaskan Komuniti Bandukan, melibatkan sesi perbincangan bersama pihak Persatuan Pelancongan Keningau bagi memperkukuh potensi pelancongan komuniti setempat.


Inisiatif ini bertujuan mempromosikan keunikan budaya, khazanah alam semula jadi, serta menggalakkan penglibatan komuniti dalam pembangunan sektor pelancongan mampan.