Skip to main content

Keningau, 27 Oktober 2025 – Event Hall Kolej Geomatika Keningau hari ini meriah dengan perkongsian hebat sempena forum bertajuk “Profesionalisme Pengasuh dalam Era Moden”!

Program ini menampilkan barisan panel hebat:

  • Puan Reekah George – Pensyarah Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Puan Zatil Akmar – Pengusaha & Pengetua Taska Minda Keningau
  • Tuan Lufti bin Ahit – Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kanak-kanak & Perintah Khidmat Masyarakat, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah

Moderator bagi forum ini ialah Ariaty binti Tahir, yang berjaya menghidupkan suasana dengan sesi soal jawab penuh interaksi bersama pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Forum ini bukan sekadar perkongsian ilmu, tetapi juga membuka mata tentang cabaran dan tanggungjawab besar seorang pengasuh profesional dalam dunia asuhan masa kini. Terima kasih kepada semua panel, pensyarah dan pelajar yang menjayakan program hari ini!