Skip to main content

KENINGAU, 23 Oktober 2025 – Suasana di Kolej Geomatika Keningau menjadi tumpuan apabila Program Belia Bersama IKMa & Hari Keusahawanan dijalankan dengan penuh meriah. Program yang dianjurkan bersama Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sabah dan Kolej Geomatika Keningau ini mendapat sambutan hangat daripada para belia dan pelajar tempatan.

Program ini memberi peluang kepada peserta untuk menimba pengetahuan serta pendedahan berkaitan dunia keusahawanan dan koperasi. Antara pengisian utama termasuk perkongsian inspirasi dan pengalaman oleh tiga penceramah jemputan iaitu Encik Jaibit Jaudin, Timbalan Pengarah IKMa Zon Sabah; Encik Hafizal Abu Bakar, Pegawai Latihan Kanan IKMa Zon Sabah; serta Encik Mohd Al-Hafiz Sovester, Pengurus Koperasi Sosodikon Ranau Berhad. Perkongsian mereka memberi gambaran jelas mengenai potensi kerjaya serta peluang pembangunan dalam bidang keusahawanan koperasi.

Menerusi program ini, para belia dapat meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan ilmu keusahawanan sebagai asas kepada pembangunan diri dan komuniti. Ia juga membuka ruang kepada golongan muda untuk meneroka peluang latihan koperasi yang mampu menjadi platform penting dalam mencorak masa depan ekonomi mereka. Dengan komitmen kerjasama strategik seperti ini, usaha memupuk belia berilmu dan berdaya saing terus diperkukuhkan.