Skip to main content

15 Oktober 2025 – Program Konsert Malam Galau: GCK Edition Vol.1 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Mini Kolej Geomatika Keningau. Konsert ini merupakan inisiatif bersama pelajar dan pensyarah Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Gunaan (FABAM) yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi Program Jalinan Kasih yang akan dijalankan pada penghujung bulan ini di Tambunan.

Konsert ini menampilkan persembahan nyanyian penuh emosi dan penghayatan daripada pelajar-pelajar berbakat, sekaligus menjadi wadah ekspresi diri melalui seni muzik. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pensyarah, kru produksi, serta para penonton yang hadir memberikan sokongan. Sumbangan dan kehadiran anda semua amat bermakna bagi Fakulti FABAM.

Semoga usaha ini menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus berkarya, berbakti, dan memberi makna kepada masyarakat melalui aktiviti yang berimpak positif.