Pada 20 Jun 2025 – Geomatika College Keningau Sabah melalui Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Gunaan telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Azman Taib Agency (AT Agency) — sebuah agensi takaful berdaftar dengan Etiqa Takaful, Takaful Malaysia dan Takaful Ikhlas.

Kerjasama ini membuka peluang besar kepada para pelajar untuk:
– Menjalani latihan industri dalam sektor takaful & kewangan Islam
– Mempelajari strategi pemasaran sebenar dalam industri perlindungan kewangan
– Menyertai bengkel dan sesi perkongsian ilmu tentang takaful dan keusahawanan
– Meningkatkan kesedaran literasi kewangan di peringkat komuniti
AT Agency komited dalam menyampaikan pelan perlindungan seperti takaful kenderaan, kesihatan, pendidikan dan perjalanan. Kini, bersama Geomatika College Keningau, misi ini diperluaskan melalui pendidikan dan latihan generasi muda yang berwibawa.





