Keningau, Sabah, 25 Mei 2025 — Suasana meriah menyelubungi Kolej Geomatika Keningau sempena penganjuran Hari Terbuka Kolej Geomatika yang berlangsung seiring dengan Program Jualan Rahmah Madani Bergerak, dengan kerjasama Mitarai Resources Sdn. Bhd. dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Program jualan ini menawarkan barangan keperluan harian seperti beras, gula, minyak dan produk asas lain pada harga rendah, sekali gus meringankan beban kos sara hidup penduduk setempat.
Hari Terbuka Kolej turut dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik seperti:
- Pertandingan e-Sukan
- Pertandingan Football Juggling
- Peragaan Busana Tradisional
- Pameran Akademik dan Aktiviti Interaktif untuk para pelajar dan ibu bapa








Pihak Pengurusan Kolej Geomatika Keningau menyatakan bahawa program ini bukan sahaja memperkenalkan peluang pendidikan kepada komuniti, tetapi juga memperkukuh hubungan antara institusi dan masyarakat.




