Skip to main content

Keningau, 23 Mei 2025 – Kolej Geomatika Keningau menerima lawatan daripada Dr. Zaki Aman dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi membincangkan peluang kerjasama dalam latihan industri, penyelidikan dan pembangunan kemahiran pelajar.

Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan dan industri, serta menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 4 & 17) melalui pendidikan berkualiti dan perkongsian strategik.

Kerjasama ini dijangka memberi manfaat kepada pelajar dari segi pendedahan industri dan peluang kerjaya dalam sektor minyak sawit.