Keningau, 24 Februari 2026 – Mesyuarat Agung Pertama bersama barisan Anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2026/2027 telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat 2, Kolej Geomatika Keningau.
Mesyuarat tersebut menjadi platform rasmi pertama yang menghimpunkan barisan kepimpinan pelajar bagi sesi baharu. Antara fokus utama perbincangan adalah pengenalan peranan dan tanggungjawab setiap ahli MPP, penetapan hala tuju awal organisasi serta penyelarasan tugasan bagi memastikan gerak kerja yang lebih tersusun, sistematik dan berkesan.






Selain itu, mesyuarat turut menekankan kepentingan kerjasama berpasukan, komunikasi yang efektif serta komitmen tinggi dalam melaksanakan amanah yang diberikan demi menjaga kebajikan dan suara mahasiswa.
Dengan berlangsungnya mesyuarat ini, barisan MPP Sesi 2026/2027 diharap dapat memainkan peranan yang proaktif dan dinamik dalam merancang serta melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberi impak positif kepada seluruh warga kolej sepanjang sesi ini.






