Keningau, 12 Februari 2025 – Pelajar Kolej Geomatika Keningau telah mengadakan Lawatan dan Program Taklimat Teknologi Maklumat serta Literasi Pangkalan Data di Perpustakaan Cawangan Keningau.
Program ini bertujuan meningkatkan pendedahan pelajar terhadap kemudahan perpustakaan serta memperkukuh kemahiran carian maklumat digital dan penggunaan pangkalan data secara sistematik dan berkesan. Sepanjang program berlangsung, para pelajar telah dibawa melawat sekitar kawasan perpustakaan bagi memahami fungsi setiap bahagian serta perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.





Selain itu, sesi taklimat turut disampaikan oleh pihak perpustakaan yang memberi penerangan terperinci berkaitan kaedah akses bahan rujukan dalam talian, teknik carian maklumat akademik, serta etika penggunaan sumber digital. Pelajar juga berpeluang mengunjungi pusat sains yang terdapat di premis berkenaan sebagai sebahagian daripada usaha memperluas pendedahan terhadap sumber pembelajaran interaktif.
Diharapkan melalui program ini, para pelajar dapat memanfaatkan kemudahan dan teknologi maklumat yang tersedia secara optimum dalam menyokong keperluan akademik serta meningkatkan kualiti penyelidikan mereka pada masa hadapan.






