22 November 2025 — Kolej Geomatika Keningau mengadakan Sukan Santai dan Acara Penghargaan Asrama di Taman Bandukan, menghimpunkan pelajar dalam aktiviti sihat, sukan ringan dan sesi apresiasi bagi meraikan komitmen penghuni asrama sepanjang tahun.






Acara ini turut memupuk kerjasama dan semangat kekeluargaan dalam kalangan pelajar, sekaligus memperkukuh budaya positif di persekitaran asrama GCK.





