17 November 2025 – Program Diploma Pengurusan Perladangan, Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Gunaan telah melaksanakan ujian praktikal bagi subjek PSS 330 di Makmal Konkrit, Kolej Vokasional Keningau, melibatkan Lab 6: Soil Moisture Content dan Lab 7: Soil Bulk Density.



Seramai 10 orang pelajar terlibat dalam sesi ini bagi mengukuhkan kemahiran analisis tanah. Pihak program mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Dayang dan Puan Deynata atas bimbingan serta bantuan dalam memudahkan urusan permohonan dan peminjaman makmal, yang memastikan kelancaran pelaksanaan ujian praktikal ini.






