Skip to main content

23 September 2025 – Kolej Geomatika Keningau dengan sukacitanya memaklumkan telah turut serta menjayakan Program Townhall dan Simfoni Perpaduan Sempena Citra Negaraku 2025 yang diadakan di Dewan Koningau, Majlis Daerah Keningau. Program ini bertujuan memperkukuh semangat perpaduan, menghayati nilai Rukun Negara, serta menyemarakkan semangat cintakan negara melalui sesi Townhall dan persembahan Simfoni Perpaduan.

Antara aturcara program yang diadakan termasuk:

– Persembahan Simfoni Perpaduan

– Sesi Townhall bertajuk “Dari Jiwa ke Aksi: Menjiwai Rukun Negara dalam Kehidupan Seharian” bersama YBrs. Tuan Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Perancangan Strategik), Kementerian Perpaduan Negara

– Ucapan aluan oleh wakil peserta, Cik Amanda Wong Siaw Yie, Presiden Sekretariat Rukun Negara Kolej Geomatika Keningau, Sabah

– Ucapan perasmian oleh YBrs. Encik Zulkifli Hashim, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

– Penyampaian hadiah dan cenderakenangan

Kolej Geomatika Keningau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Perpaduan Negara dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional kerana melibatkan Kolej Geomatika Keningau sebagai rakan pelaksana program ini. Kolej juga menghargai kerjasama para jemputan, peserta serta semua pihak yang terlibat atas kejayaan penganjuran program ini.