Skip to main content

28 Oktober 2025 – Fakulti Pendidikan dan Sains manusia (FEHUS) telah menganjurkan Taklimat dan Pameran Pemakanan Sihat Kanak-Kanak dengan jemputan khas Puan Maslia Naim, Pegawai Pemakanan dari Pejabat Kesihatan Daerah Keningau.

Program ini turut menampilkan pameran makanan hasil tugasan berkumpulan oleh pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Semester 3 bagi kursus KHS 330: Child Health, Safety and Nutrition, yang mempamerkan kreativiti dan pengetahuan mereka dalam mempromosikan amalan pemakanan sihat dalam kalangan kanak-kanak.