Keningau, 17 Jun 2025 – Kolej Geomatika Keningau telah mengadakan sesi perbincangan rasmi bersama JL Fitness (En. Joshua Joel Lo & En. Jason Lo Zhao Hung) dan En. Hilary Gogid, wakil Kompleks Sukan Keningau (Lembaga Sukan Sabah). Perbincangan ini memberi fokus kepada kerjasama strategik dalam usaha memperkenalkan program baharu Diploma Pengurusan Sukan dengan kaedah pembelajaran berasaskan pengalaman (Work-Based Learning).


Kerjasama ini dijangka dapat meningkatkan pembangunan sukan tempatan melalui pendidikan dan latihan berkualiti, di samping membuka peluang kerjaya yang lebih luas kepada generasi muda di Sabah.




