Skip to main content

3 September 2025 – Syukur dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Panel Pegawai Penilai serta Pegawai MQA atas masa, pandangan dan bimbingan berharga sepanjang sesi penilaian ini. Lawatan ini memberikan peluang kepada pihak kolej untuk membentangkan usaha serta pencapaian program, di samping menilai aspek yang boleh diperkukuh ke arah peningkatan kualiti berterusan.

Kolej Geomatika Keningau komited untuk terus memperkasakan pendidikan dalam bidang pengurusan perladangan, memastikan setiap pelajar menerima pengalaman pembelajaran berkualiti serta bersedia menyumbang kepada pembangunan industri pertanian negara. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan terus menyokong usaha kami.