12 September 2025 (Jumaat) – Program Perkhidmatan TH Gerak – Selangkah Menuju Ke Baitullah telah berjaya berlangsung di Kolej Geomatika Keningau dengan kerjasama Tabung Haji Beaufort.





Program ini mendapat sambutan baik daripada orang awam dan warga kolej yang hadir untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan Tabung Haji antaranya: pembukaan akaun, simpanan tunai, daftar THiJARI, daftar haji & umrah, kemaskini maklumat peribadi serta perkhidmatan lain.
Terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan bekerjasama menjayakan program ini. Semoga usaha ini memudahkan urusan jemaah dalam persiapan menuju Baitullah.




