Skip to main content

Tambunan, 2 November 2025 – Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Gunaan (FABAM), Kolej Geomatika Keningau telah berjaya menganjurkan Program Jalinan Kasih Bersama Komuniti Kitou yang berlangsung selama 3 hari 2 malam dari 31 Oktober hingga 2 November 2025 bertempat di Sekolah Kebangsaan Kitou, Tambunan. Program ini melibatkan seramai 45 orang pelajar dan 5 orang pensyarah, dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti pendidikan, kemasyarakatan, sukan dan kebudayaan.

@geomatikakeningau

Program Jalinan Kasih di SK Kitou, Tambunan – Day 1 Hari pertama penuh senyuman dan semangat! Anak-anak SK Kitou sambut kehadiran kami dengan hati terbuka. Suasana kampung yang tenang, kasih yang terasa dekat. 💛 @dpm.gck @GCKBeauty @DIPLOMA IN OFFICE MANAGEMENT @Mohdfazly@GCKTourismManagement @School of Accountancy, GCK #SuccessWithGeomatika #GCK #geomatikacollegekeningau #SKKitou #Tambunan

♬ original sound – Geomatika College Keningau – Geomatika College Keningau

Sepanjang program berlangsung, para pelajar diberi pendedahan secara langsung kepada kehidupan komuniti luar bandar melalui aktiviti team building, demonstrasi pertanian, pertandingan komuniti, servis kebajikan serta Malam Kebudayaan bertemakan “Hawai” yang penuh warna-warni dan kreativiti. Program ini bukan sahaja memupuk semangat kerjasama dan kepimpinan, malah memperkukuh nilai empati, kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar.

@geomatikakeningau

Program Jalinan Kasih di SK Kitou, Tambunan – Day 2 Aktiviti hari kedua makin meriah! Dari sukaneka sampai seni kreatif — semua bergelak tawa, belajar dan saling memahami. Inilah erti jalinan kasih sebenar. ✨ @dpm.gck @GCKBeauty @DIPLOMA IN OFFICE MANAGEMENT #SuccessWithGeomatika #GCK #geomatikacollegekeningau #SKKitou #Tambunan

♬ original sound – Geomatika College Keningau – Geomatika College Keningau
@geomatikakeningau

Program Jalinan Kasih di SK Kitou, Tambunan – Day 3 Penutup yang penuh emosi. Tiga hari bersama terasa terlalu singkat, tapi kenangan di SK Kitou akan kekal lama. Terima kasih atas kasih dan keikhlasan semua. ❤️ @dpm.gck @GCKBeauty @DIPLOMA IN OFFICE MANAGEMENT #SuccessWithGeomatika #GCK #geomatikacollegekeningau #SKKitou #Tambunan

♬ original sound – Geomatika College Keningau – Geomatika College Keningau

Sebagai penutup, aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah telah menjadi simbol hubungan erat antara institusi pendidikan dan masyarakat setempat. Program ini membuktikan komitmen Kolej Geomatika Keningau dalam melahirkan pelajar holistik yang bukan sahaja cemerlang akademik, malah prihatin terhadap pembangunan komuniti dan kesejahteraan sosial.