Skip to main content

8 November 2025 – Pertandingan Esports House of Otaku MLBB Arena telah berjaya dilaksanakan di Dataran Keningau dengan jayanya. Program ini dianjurkan oleh House of Otaku sebagai platform untuk menghimpunkan para pemain dan peminat sukan elektronik, khususnya Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), di samping menggalakkan perkembangan industri esports dalam kalangan belia tempatan.

Penganjuran pertandingan ini telah menarik penyertaan yang memberangsangkan serta kehadiran pengunjung dari sekitar Keningau dan kawasan sekitarnya, sekali gus mewujudkan suasana yang meriah dan kompetitif sepanjang program berlangsung. Program ini turut dimeriahkan dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Annuar Ayub, yang menunjukkan sokongan padu terhadap pembangunan bakat belia dan ekosistem esports di peringkat tempatan.