Skip to main content

Keningau, 24 Februari 2025Satu perbincangan mengenai pelaksanaan program pembangunan pendidikan telah diadakan antara Geomatika College Keningau dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Keningau.

Mesyuarat ini membincangkan pelbagai inisiatif yang dirancang dalam kerjasama strategik antara kedua-dua pihak, termasuk:

  • Kursus Persediaan ke Universiti bagi lepasan SPM untuk membantu pelajar dalam peralihan ke pengajian tinggi.
  • Program Mini Pameran Pendidikan yang merangkumi pelbagai laluan pendidikan seperti TVET, diploma, dan kursus jangka pendek bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pilihan pendidikan yang tersedia.
  • Aktiviti sukan dan perkhemahan jati diri bagi membentuk sahsiah serta memperkukuh nilai kepimpinan dalam kalangan pelajar.

Kerjasama ini diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang pendidikan kepada pelajar di Keningau dan kawasan sekitarnya, selaras dengan matlamat pembangunan pendidikan dan kemahiran belia. Dengan usaha berterusan ini, lebih ramai pelajar akan mendapat manfaat dalam membina masa depan yang lebih cerah.