Skip to main content

26 Jun 2025Kolej Geomatika Keningau telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama JL Fitness Keningau, sebuah pusat kecergasan yang aktif mempromosikan gaya hidup sihat melalui program latihan moden.

MoU ini menjadi langkah penting dalam usaha memperkenalkan program baharu Diploma Pengurusan Sukan serta memperkukuh kolaborasi industri bagi menyokong pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL).

Melalui kerjasama ini, pelajar akan berpeluang untuk:

  • Mendapat pendedahan dunia sebenar dalam operasi pusat kecergasan.
  • Terlibat dalam perancangan program komuniti.
  • Membina kemahiran dalam pemasaran, teknik latihan, dan pengendalian klien.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada JL Fitness Keningau atas komitmen dan sokongan dalam membangunkan modal insan serta memperkasa bidang sukan dan kecergasan di peringkat komuniti.