Kg. Salinatan, Pensiangan, Nabawan, 14 Jun 2025 – Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Gunaan, Kolej Geomatika Keningau dan Eko-Pelancongan Tahas Tininting, Salinatan telah berlangsung dengan jayanya di kawasan pedalaman yang kaya dengan potensi eko-pelancongan.

Kerjasama ini memberi tumpuan kepada pembangunan pelancongan komuniti secara lestari, pemerkasaan komuniti luar bandar, serta penyediaan peluang pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar untuk pelajar dalam bidang pelancongan dan perniagaan.
Melalui perjanjian ini, pelajar berpeluang melibatkan diri dalam latihan lapangan dan projek komuniti, aktiviti pembangunan produk pelancongan, serta penyelidikan berkaitan ekonomi desa dan pelancongan mampan.
Inisiatif ini bukan sahaja menghubungkan pendidikan dengan komuniti, malah menyokong usaha pembangunan pelancongan berasaskan alam semula jadi dan budaya tempatan di Sabah.





