Skip to main content

Keningau, 10 April 2025 – Kolej Geomatika Keningau melalui Fakulti Teknologi Meta (FAMT) dan Fakulti Perniagaan & Pengurusan Gunaan (FABAM) telah menjalin kerjasama strategik dengan beberapa syarikat tempatan melalui majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung pada hari ini.

Antara syarikat yang terlibat dalam kolaborasi ini ialah:

  • House Of Otaku
  • Hanafoto Studio
  • A&A Massage & Spa Centre

Jalinan kerjasama ini merupakan langkah proaktif dalam memperkukuhkan hubungan antara institusi pendidikan dan industri setempat. MoU ini dijangka membuka peluang baharu kepada para pelajar khususnya melalui pelaksanaan Program Pembelajaran Berasaskan Kerja (Work Based Learning – WBL).

Melalui inisiatif ini, pelajar berpeluang merasai pengalaman industri sebenar, menguasai kemahiran praktikal, serta meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan pada masa hadapan.

Kolej Geomatika Keningau yakin kerjasama ini akan menjadi titik permulaan yang baik dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang selari dengan keperluan semasa industri.