Skip to main content

Putrajaya, 8 November 2025 – Kolej Geomatika Keningau, Sabah sentiasa komited dalam memastikan jaminan kualiti dan mutu pendidikan berada pada tahap tertinggi, seiring dengan usaha memperkukuh kecemerlangan institusi.

Rektor Kolej Geomatika Keningau, Cik Azsyerrah, telah berjaya menamatkan pengajian sebagai graduan di Majlis Graduasi Certified Officer in Quality Assurance of Higher Education (CQA) 2025 yang diadakan pada 8 November 2025 di Putrajaya.

Program CQA anjuran Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) ini berperanan melahirkan pegawai jaminan kualiti yang kompeten serta menjadi pemangkin budaya kecemerlangan dan penambahbaikan berterusan dalam pendidikan tinggi negara.