Skip to main content

11 Julai 2025 – Suasana di Greenhouse Kolej Geomatika Keningau hari ini meriah dengan kehadiran 12 orang kanak-kanak dan 3 orang pengasuh daripada Little Star Child Care Center. Dengan wajah penuh teruja, mereka memulakan aktiviti menyeronokkan iaitu menanam bibit lada merah ke dalam tray yang telah disediakan khas untuk mereka.

Selain menanam, para peserta kecil ini juga dibawa melawat sekitar Greenhouse sambil mengenali asas penanaman hidroponik. Bagi kebanyakan mereka, ini adalah pengalaman pertama melihat secara dekat bagaimana tanaman boleh hidup tanpa tanah – sesuatu yang membuka mata tentang dunia pertanian moden.

Program ini bukan sahaja menjadi aktiviti riadah, tetapi juga memberikan ilmu berharga tentang teknologi hijau dan kelestarian alam sekitar. Ia diharap dapat menanam rasa cinta terhadap alam semula jadi sejak dari usia muda.

Kolej Geomatika Keningau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Little Star Child Care Center kerana memilih kolej ini sebagai destinasi Lawatan Sambil Belajar.

Penghargaan khas turut diberikan kepada Pelajar Diploma Pengurusan Perladangan yang telah menjadi AJK Pelaksana sepanjang program ini. Komitmen, semangat dan kerjasama anda amat dihargai, dan semoga program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.