KENINGAU, 23 April 2025 – Kolej Geomatika Keningau (GCK) telah menerima kunjungan rasmi daripada Pengurus Sumber Manusia Universiti Geomatika Malaysia (UGM) dan North Borneo University College (NBUC) pada 22 hingga 23 April 2025.

Lawatan ini bertujuan memperkukuh budaya latihan berterusan dalam kalangan warga kerja serta memastikan pematuhan terhadap piawaian audit dalaman dan luaran. Sepanjang sesi kunjungan, pihak HR UGM dan NBUC telah mengadakan pertemuan bersama semua staf GCK pada 23 April, di mana pelbagai topik penting berkaitan pengurusan sumber manusia, latihan, dan pembangunan profesional dibincangkan.
Selain itu, sesi ini juga memberi ruang kepada staf GCK untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung dasar-dasar HR, peluang latihan serta amalan terbaik dalam meningkatkan kecekapan dan profesionalisme di tempat kerja.
Kolej Geomatika Keningau mengalu-alukan kerjasama strategik ini sebagai langkah memperkukuh integriti organisasi, mempertingkatkan kualiti perkhidmatan, dan menyokong visi institusi pendidikan tinggi ke arah kecemerlangan akademik dan pengurusan.





