Skip to main content

Keningau, 22 Mei – Geomatika Keningau telah menerima lawatan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan penilaian dan pengiktirafan sebagai Agensi Latihan Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (KAP).

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada proses pemantauan JKM dalam memastikan institusi latihan memenuhi piawaian yang ditetapkan. Melalui pengiktirafan ini, Geomatika Keningau berhasrat untuk terus melahirkan tenaga pendidik awal kanak-kanak yang berkualiti, profesional, serta mampu memberikan asuhan dan pendidikan terbaik kepada generasi muda.

Kolej turut menyatakan komitmen untuk sentiasa meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan keperluan semasa dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.