Keningau, 5 Mei 2025 – Kolej Geomatika Keningau telah berjaya menganjurkan Kursus Pengendalian Makanan bertempat di Event Hall kolej pada hari ini. Program ini disertai oleh pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kebersihan dan keselamatan makanan.


Kursus ini memberi penekanan kepada amalan terbaik dalam pengendalian makanan yang selamat serta menanamkan nilai tanggungjawab terhadap kesihatan pengguna. Menariknya, Nasabak Channel turut serta mengikuti kursus ini bersama para pelajar, sekaligus memeriahkan lagi suasana pembelajaran.
Penganjuran kursus ini diharapkan dapat memberi manfaat jangka panjang kepada pelajar dalam kehidupan seharian serta persediaan menghadapi kerjaya mereka pada masa akan datang.




