11 Disember 2025 – Seramai 11 orang pelajar Pra Kolej sesi Jan – Apr 2026 telah mengambil bahagian dalam Kursus Asas Pembangunan Diri dan Pengenalan Program Diploma bagi slot Terokai Dunia Perladangan.
Slot berkenaan merangkumi Kursus Asas Teknikal Hidroponik yang memberikan pendedahan praktikal kepada pelajar melalui aktiviti penyemaian dan penuaian tanaman di dalam greenhouse. Menerusi aktiviti tersebut, sebanyak 300 anak benih pakchoy dan salad berjaya disemai oleh para pelajar.



Program orientasi seumpama ini bukan sahaja memperkenalkan fasiliti yang disediakan di Kolej Geomatika Keningau, malah memberi peluang kepada pelajar untuk memahami secara langsung proses kerja dan asas pengurusan dalam dunia perladangan. Semoga aktiviti berimpak seperti ini dapat diteruskan bagi kumpulan pelajar akan datang.





