Skip to main content

30 Jun 2025 – Kolej Geomatika Keningau telah menyertai Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Bahagian Pedalaman ATAS 2025, yang menghimpunkan wakil-wakil belia dari pelbagai latar belakang untuk membincangkan isu, aspirasi dan hala tuju pembangunan belia di kawasan pedalaman Sabah.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen Kolej Geomatika dalam menyokong usaha pembangunan belia melalui platform konsultatif yang digerakkan oleh kerajaan. Melalui program ini, pelajar-pelajar kolej berpeluang menyuarakan pandangan dan cadangan mereka secara langsung bersama pihak berkepentingan bagi memastikan suara belia terus relevan dalam arus pembangunan negara.

Syabas kepada semua wakil belia yang hadir dan terus menjadi agen perubahan untuk masa depan yang lebih progresif!