Skip to main content

Keningau, 27 April 2025 – Kejohanan Sabah Net Youth Esports Championship 2025 yang berlangsung pada 26 hingga 27 April di Kompleks Sukan Keningau telah berjaya menarik ratusan pengunjung dari seluruh Sabah. Acara ini bukan sahaja menjadi platform persaingan sukan elektronik, malah turut menonjolkan pameran teknologi terkini serta perkongsian ilmu untuk generasi muda.

Kolej Geomatika Keningau diberi penghormatan untuk mengendalikan sesi “Pocket Talk: Building Your Future with AI – From Gamer to Game Changer”. Melalui sesi ini, para peserta didedahkan dengan potensi Kecerdasan Buatan (AI) dalam dunia kerjaya, serta bagaimana teknologi mampu mengubah minat bermain permainan digital kepada peluang membina masa depan yang lebih cerah.

Selain itu, Kolej Geomatika Keningau turut membuka reruai pameran yang memaparkan teknologi realiti maya (VR) dan pengimbas 3D, yang berjaya mencuri perhatian ramai pengunjung. Kehadiran pelajar dan pengunjung di reruai ini membuktikan bahawa teknologi pendidikan moden mendapat sambutan positif serta mampu menginspirasi belia untuk mendalami bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM).

Penyertaan ini selaras dengan komitmen Kolej Geomatika Keningau dalam mendukung pembangunan belia Sabah melalui pendekatan pendidikan berteraskan teknologi masa hadapan.