Tambunan, 5 Disember – Kolej Geomatika Keningau telah berbesar hati menerima jemputan sebagai penceramah sempena Perkhemahan Kepimpinan SMK Nambayan, Tambunan yang berlangsung pada 4 dan 5 Disember 2025 bertempat di TRK Campsite, Tikolod Tambunan.








Program ini bertujuan untuk membentuk jati diri, kepimpinan serta keyakinan pelajar melalui aktiviti berstruktur dan pengisian bermanfaat. Wakil Kolej Geomatika Keningau telah berkongsi input berkaitan kepimpinan dan motivasi diri kepada pelajar SMK Nambayan




Penglibatan Kolej Geomatika Keningau dalam program ini mencerminkan komitmen institusi dalam menyokong pembangunan pelajar sekolah serta memperkukuh kerjasama strategik bersama institusi pendidikan di peringkat daerah dan negeri.
Diharapkan perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada para peserta untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah, seterusnya menjadi pemimpin berwibawa pada masa hadapan.






