Keningau, 21 April 2025 – Fakulti AI & Teknologi Meta (FAMET), Kolej Geomatika Keningau, Sabah telah memeterai satu kerjasama strategik bersama Persatuan Kebajikan Orang Baik Keningau Sabah.

Kerjasama ini diharapkan menjadi titik tolak kepada penglibatan lebih aktif pelajar dalam aktiviti luar kampus, khususnya dalam bidang kemasyarakatan dan kebajikan. Selain itu, ia juga membuka peluang kepada pelajar untuk mengasah kemahiran insaniah, kepimpinan, serta jaringan sosial yang penting dalam persediaan menuju alam pekerjaan.
Pihak FAMET percaya, inisiatif ini bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat setempat, malah dapat memperkukuhkan kemahiran graduan agar lebih kompetitif dan berdaya saing pada masa hadapan.





