Skip to main content

Keningau, 30 Julai 2025 – Kebakaran mengejutkan berlaku sekitar jam 2:30 petang tadi apabila sebuah rumah dan sebuah bengkel berhampiran Kolej Geomatika Keningau dilihat marak dengan asap dan api tebal. Penduduk serta pelajar kolej berdekatan panik apabila asap hitam membubung tinggi dari lokasi kejadian. Orang awam segera menghubungi pihak berkuasa dan membantu mengawal keadaan sementara menunggu ketibaan pasukan bomba.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Keningau tiba dalam masa singkat dan berjaya mengawal kebakaran, sekaligus menyelamatkan rumah bersebelahan daripada musnah. Tiada kecederaan dilaporkan, namun rumah dan bengkel yang terbakar musnah sepenuhnya. Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Orang ramai mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan bomba Keningau atas tindakan pantas dan profesional mereka yang berjaya mengawal kebakaran serta mencegah api merebak ke kawasan lain, terutama kawasan perumahan berhampiran kolej.

Pihak Kolej Geomatika Keningau juga ingin merakamkan takziah yang mendalam kepada mangsa kebakaran atas kehilangan harta benda dan kerosakan yang dialami. Semoga mereka terus tabah dan mendapat sokongan daripada keluarga, jiran, serta komuniti dalam menghadapi dugaan ini.