Keningau, 26 Jun 2025 – Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Gunaan, Kolej Geomatika Keningau telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Persatuan Komuniti Kraftangan Keningau.

Kerjasama ini membuka ruang untuk:
– Perkongsian ilmu dan kemahiran kraftangan tempatan
– Latihan industri berasaskan komuniti
– Projek keusahawanan sosial pelajar
Melalui kolaborasi ini, pelajar berpeluang mendekati industri tempatan sambil memperkasakan warisan seni dan budaya Sabah.
Bersama membina komuniti yang berdaya saing dan kreatif!





