Skip to main content

Pekan Sook, 12 Oktober 2025 – Suasana di tapak parkir Food Court Pekan Sook menjadi tumpuan utama selama tiga hari apabila berlangsungnya E-Sport Tournament 2025, salah satu acara kemuncak Karnival IMAT 2025 @ Sabah.

Pertandingan yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam ini menghimpunkan komuniti gamers dari seluruh Sabah bagi bersaing dalam tiga permainan popular:
Mobile Legends: Bang Bang (MLBB)
Tekken 8
EA FC 26

Tujuan utama penganjuran ini adalah untuk menggalakkan semangat kesukanan digital, meningkatkan kerjasama antara komuniti e-sukan tempatan, serta mempupuk nilai integriti dan inklusiviti dalam kalangan belia.

Selain pertandingan, para pengunjung turut menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti pameran teknologi, jualan makanan tempatan, serta sesi interaktif bersama streamer dan cosplayer tempatan.

Kemeriahan karnival ini turut diserikan dengan kehadiran pelajar dan wakil dari Kolej Geomatika Keningau, yang turut menjadi rakan kolaborasi dalam memperkukuh platform e-sukan di peringkat pendidikan tinggi Sabah. Kehadiran mereka bukan sahaja sebagai penyokong tetapi juga sebagai penggerak utama dalam membina generasi muda yang berdaya saing dalam dunia digital.

Penganjuran E-Sport Tournament 2025 ini membuktikan bahawa e-sukan bukan sekadar hiburan, tetapi satu medium pembangunan kemahiran strategik, komunikasi, dan kepimpinan yang semakin diiktiraf di Malaysia.