19 September 2025 – Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad Cawangan Keningau dengan kerjasama Kolej Geomatika Keningau telah berjaya menganjurkan Ceramah Kesedaran Insurans bertajuk “Kepentingan Insurans dalam Perancangan Kewangan (Pakej MADANI)”.




Ceramah ini bertujuan meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai kepentingan insurans, perlindungan diri dan risiko harian, serta memberi pendedahan tentang Insurans Kemalangan Diri.
Pihak kolej ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Allianz Keningau kerana sudi memberi penerangan tentang kepentingan insurans kepada pelajar.




