Apin-Apin, 12 Disember 2025 – Kolej Geomatika Keningau telah mengikuti Ceramah Agro-Technopreneurship (Teknologi Pertanian Pintar) bertempat di Pusat Penyelidikan Makanan Ternakan (AFEEDRI), UMS Apin-Apin, Keningau.



Program ini menampilkan Encik Azizul Zulirin, Pengarah Urusan Kundasang Aquafarm, sebagai penceramah jemputan. Beliau berkongsi input berkaitan aplikasi Internet of Things (IoT), automasi, data analitik dan sistem pertanian pintar dalam industri pertanian moden.
Ceramah ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar Diploma Pengurusan Perladangan terhadap pendekatan agro-technopreneurship serta meningkatkan kefahaman tentang keperluan industri dan peluang kerjaya dalam sektor pertanian berteknologi tinggi.






