Tambunan, 6 September 2025 (Sabtu) – Kolej Geomatika Keningau melalui kerjasama Christian Fellowship Association (CFA) dan Association Child Education (ACE) telah menganjurkan Program Alam Terpelihara, Minda Terjaga bertempat di Air Terjun Mahua, Tambunan.







Program ini bertujuan meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental pelajar melalui aktiviti riadah, memupuk semangat kerjasama berpasukan, serta menanam kesedaran tentang kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar.
Antara pengisian program termasuklah senamrobik, aktiviti khidmat masyarakat, sukaneka berpasukan, dan riadah santai. Program ini juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kolej sambil menghargai keindahan alam semula jadi.



