Keningau, 11 September 2025 (Khamis) – MAKNA – Majlis Kanser Nasional telah mengadakan Sesi Kempen Cakna Kanser Tahun 2025 & Fungsi MAKNA di Event Hall Kolej Geomatika Keningau. Program bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran mengenai isu kanser serta usaha murni MAKNA dalam membantu pesakit kanser di Malaysia.


MAKNA atau Majlis Kanser Nasional ialah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan pada 1994 untuk membantu pesakit kanser di Malaysia. Ia menawarkan rawatan, bantuan kewangan dan menjalankan program pencegahan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kanser. MAKNA juga menyediakan kemudahan seperti rumah perantaraan bagi pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital dan ceramah komuniti bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kanser.
Kehadiran kakitangan Kolej Geomatika Keningau memeriahkan program ini sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasakan kesedaran kanser dalam kalangan masyarakat.





