Skip to main content

20 Jun 2025 (Jumaat) – satu lagi inisiatif kolaboratif telah dimeterai melalui Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Geomatika College Keningau Sabah dan Patikang Hydrofarm, dengan penglibatan aktif Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Gunaan.

Kerjasama strategik ini menjadi langkah penting dalam memperkukuh hubungan industri dan akademik, khususnya dalam bidang pertanian pintar berasaskan sistem hidroponik dan teknologi rumah hijau.

Fokus utama MoU ini meliputi:

  • Latihan industri untuk pelajar
  • Program keusahawanan pertanian
  • Pemindahan ilmu dan pembangunan komuniti
  • Eksplorasi potensi agrobisnes moden dan mampan

Selain menyediakan platform Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) kepada pelajar Diploma Pengurusan Perladangan, pihak kolej juga berkesempatan melawat kawasan Greenhouse Patikang Hydrofarm. Lawatan ini memberi pendedahan kepada pelajar dan pensyarah tentang fasiliti serta teknologi hidroponik terkini yang mampu meningkatkan hasil pertanian secara efisien dan lestari.

Tidak terhenti di situ, pihak Patikang Hydrofarm turut berkongsi ilmu berkaitan MyGAP (Malaysian Good Agriculture Practices), iaitu penanda aras penting dalam mengamalkan pertanian selamat, berkualiti, dan mesra alam.

Kerjasama ini sejajar dengan aspirasi Geomatika College Keningau untuk melahirkan graduan berdaya saing, berilmu, serta bersedia menyahut cabaran dunia perniagaan sebenar — bermula dari ladang hingga ke pasaran!

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Patikang Hydrofarm atas komitmen dan sokongan dalam memperkukuh pembangunan modal insan dalam sektor pertanian mampan.