Keningau, 27 Oktober 2024 – Shinamon Matsuri 2024 berlangsung dengan penuh meriah dari 25 hingga 27 Oktober, dan kali ini, Kolej Geomatika Keningau turut terlibat sebagai rakan kolaborasi utama dalam festival budaya Jepun yang dinanti-nantikan ini. Sepanjang program, Kolej Geomatika Keningau menganjurkan dua acara menarik: Pertandingan Mobile Legends Bang-Bang dan Pertandingan Lukisan Karakter Digital, yang mendapat sambutan hangat daripada peserta dan pengunjung.
Festival ini dirasmikan dengan kemeriahan yang luar biasa, diiringi persembahan bunga api yang memukau para pengunjung. Shinamon Matsuri 2024 bukan sahaja memperkenalkan keunikan budaya Jepun, tetapi juga berjaya menarik minat komuniti tempatan, sekaligus mempromosikan semangat perpaduan dan kreativiti dalam kalangan generasi muda.