Keningau, 7 Ogos 2024 – Pelantikan Smart Partner bagi Fakulti Meta Teknologi, GCK bersama Encik Ryot A. Ujin telah dijalankan hari ini.
Encik Ryot A. Ujin merupakan salah-satu Pengarah Filem terkenal di Sabah dan antara karya yang beliau telah hasilkan adalah Filem Pendek Sinakagon – Heritage pada tahun 2018, TeleMovie MARIA pada tahun 2022, dan Filem Pendek TAWAR pada tahun 2023.