Keningau, 06 Ogos 2024 – Minggu Jalinan Mesra (MJM) Bersama Pelajar Baharu Sesi Ogos Tahun 2024
Unit Hal Ehwal Pelajar Kolej Geomatika Keningau, Sabah telah menganjurkan Minggu Jalinan Mesra (MJM) pada 29 Julai hingga 09 Ogos 2024.
Program ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara pelajar dan kakitangan Kolej, sekaligus dapat menyemarakkan semangat sebelum menjalani alam kampus dan meningkatkan keterlibatan pelajar secara holistik. Program sepanjang minggu ini adalah aktiviti “Outdoor” yang dapat menanam semangat kekitaan dan kebersamaan sesama pelajar.