Skip to main content

Kota Kinabalu, 2 November 2024 – Para pelajar Kolej Geomatika Keningau telah berjaya mengadakan lawatan akademik ke Mari Mari Culture Village, Sabah, dalam usaha memahami keunikan budaya masyarakat Sabah yang berbilang etnik. Lawatan ini memberi peluang kepada pelajar untuk menghayati warisan tradisional dan nilai sejarah etnik Dusun, Rungus, Murut, dan Lundayeh dengan lebih mendalam.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran secara hands-on, memberikan maklumat sejarah tentang kepentingan Mari Mari Cultural Village sebagai pusat warisan, serta mendokumentasikan dan memelihara tradisi suku kaum yang terdapat di Sabah. Selain itu, para pelajar turut diberi peluang untuk meneroka penggunaan teknologi meta dalam fotografi dan videografi, mengasah kemahiran praktikal dalam pengambilan dan penyuntingan media, serta memupuk kreativiti dalam penghasilan kandungan digital.

Lawatan ini diharapkan akan menginspirasi para pelajar untuk terus menghargai serta memelihara warisan budaya yang tidak ternilai, sambil memberi manfaat pembelajaran yang mendalam. Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini!

“Menyelami Keunikan Tatanan Budaya Sabah: Lawatan Akademik ke Mari Mari Culture Village”